Jaminan Harga Terbaik

Kami mahu anda membayar harga serendah yang mungkin untuk hotel anda. Sekiranya anda temui bilik hotel pada harga dalam talian yang lebih rendah selepas anda menempah dengan laman tersenarai dalam Hoteloogle.com, kami akan membayar balik perbezaan harga, dengan syarat harga lebih rendah ini tersedia dalam laman web:

- Selain daripada laman web tersebut yang tersedia untuk tempahan di Hoteloogle.com, dan
- Selain daripada laman hotel rasmi, boleh diakses dari halaman hotel di Hoteloogle.com, melalui pautan; “halaman rasmi“

Anda mesti menghubungi kami dalam tempoh 24 jam tempahan dibuat untuk layak bagi Jaminan Harga Terbaik.

Syarat-syarat dikenakan:

1- Kadar lebih rendah mesti tersedia dalam laman web yang tidak menyertai proses perbandingan Hoteloogle.com.

2- Anda mesti tempah bilik anda dengan penyedia tempahan harga terbaik yang menggunakan Hoteloogle.com.

3- Oleh kerana harga hotel sering berubah, anda perlu hubungi kami melalui e-mel di rateguarantee@datahc.com dalam masa 24 jam dari pembelian bilik hotel anda daripada pembekal tempahan yang memberikan anda harga terendah iaitu Hoteloogle.com. E-mel anda mestilah mempunyai maklumat seperti berikut: nama anda, nombor tempahan, salinan pengesahan e-mel/baucar dan laman web di mana kadar rendah itu boleh didapati.

4- Jaminan tidak terpakai untuk tempahan hari yang sama.

5- Jaminan hanya akan diberikan pada kadar rendah yang sedia ada semasa membuat tempahan melalui talian. Kadar rendah di talian mesti boleh ditempah apabila kami mengesahkan tuntutan anda, dalam tempoh 24 jam.

6- Kadar lebih rendah mesti ditemui dalam talian untuk bilik yang sama nilai di hotel sama sepertimana tempahan melalui penyedia tempahan harga terbaik menggunakan Hoteloogle.com untuk tarikh daftar masuk dan daftar keluar dengan syarat tempahan yang sama.

7- Kadar lebih rendah mesti dalam mata wang yang sama.

8- Hoteloogle.com hanya akan membayar balik perbezaan antara kadar terendah penyedia tempahan yang menyertai Hoteloogle.com dan harga lebih rendah tersebut jika tempahan anda melalui penyedia yang menyertai Hoteloogle.com selesai dan tidak dibatalkan dan tidak tertakluk kepada tidak muncul.

9- "Jaminan Harga Terbaik" tidak terpakai untuk pembelian bilik botel melalui atau gabungan dengan kadar keahlian, penginapan kerap, poin kesetiaan atau program jenis "ganjaran" lain atau promosi istimewa hotel di mana tempahan dibuat. Kadar lebih rendah tersedia melalui laman kabur di mana hotel sebenar tidak diketahui sehingga selepas tempahan juga tidak termasuk dalam jaminan.

10- Jika tuntutan anda berjaya, "Bayaran Balik Perbezaan Harga" akan dikeluarkan dalam masa 30 hari selepas tarikh daftar keluar tempahan anda dengan penyedia tempahan harga terbaik yang tersenarai dalam Hoteloogle.com.

11- Pembayaran boleh dibuat kepada akaun-akaun PayPal.